CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

home

Tuesday, 19 July 2011

Istinjak

maksud istinjak


Istinjak merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis berikutan membuang air besar ataupun air kecil dengan cara menyucikan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan. Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar daripada 2 jalan perlepasan - qubul dan dubur. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.



Cara Melakukan Istinjak

Istinjak boleh dilakukan dengan beberapa cara, sama ada dengan menggunakan air ataupun benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya. Alat-alat istinjak mestilah suci dan bersih. Selain dari air mutlak barang-barang yang digunakan untuk beristinjak semestinya dari sesuatu yang beku dan keras. Alat yang digunakan untuk beristinjak semestinya dari sesuatu yang diketahui suci. Istinjak tidak boleh dilakukan menggunakan sesuatu yang najis ataupun diketahui tidak suci.
Cara melakukan istinjak mestilah boleh mencapai matlamat untuk menghilangkan najis, dan menghilangkanbau najis dan seterusnya menghilangkan rasa (fisikal) najis. Perkara yang diwajibkan dan semestinya dilakukan di waktu beristinjak ialah memastikan segala sifat-sifat najis yang dihukum dari warnanya, baunya dan rasa fizikalnya telah dihilangkan dengan sempurna. Seandainya ada bau yang tidak dapat dihilangkan setelah di dilakukan istinjak maka perkara itu termasuk di dalam perkara-perkara yang dimaafkan.
Cara beristinjak boleh dibuat dengan cara berikut :
  1. mengunakan sesuatu yang keras kemudian di ikuti dengan air(sekurang-kurangnya 3buah batu)
  2. mengunakan air semata-mata
  3. Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat seperti batu, daun-daun kering atau kertas semata mata. Bilangan batu yang digunakan biarlah jumlah yang ganjil.
beristinjak dengan benda-benda kesat mesti memenuhi beberapa syarat seperti berikut :
  • alat tersebut kering dan bersih
  • najis yang hendak dicuci masih belum kering
  • najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;
beristinjak dilakukan dengan disapu sebanyak tiga kali, dan sekiranya belum bersih mesti diulang sehingga bersih dari kesan warna, kesan rasa (fizikal) dan kesan bauannya
alat-alat untuk istinjak ialah:





  • batu
  • tisu
  • kertas
  • tulang binatang
  • air

Adab Beristinjak

  • Semasa melakukan istinjak kita dilarang menggunakan tangan kanan.
  • Apabila telah selesai melakukan istinjak dan ketika keluar dari tandas, dahulukan kaki kiri dari kanan bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit


Bahan yang HARAM  digunakan untuk beristinjak

·         Kertas atau bahan yang bertulis ayat Al Quran atau Hadis Nabi, Nama-nama Allah dan rarul-rasul
·         Najis yang kering   - spt.  tahi lembu
·         Bahan-bahan makanan    -  spt. roti, biskut, buah
·         Benda-benda licin      - spt  plastik dan guli
Benda-benda merbahaya  dan tajam spt. Kaca, buluh
 Hikmah Istinjak

§  Dikasihi oleh Allah s.w.t.
§  Terhindar dari jangkitan penyakit
§  Menyegarkan badan dan memberi ketenangan jiwa
§  Memberi keselesaan kepada diri dan orang lain

1 comment:

  1. Syg ina dari pendang, kedah. Adakah amalan istinjak ini boleh diamalkan dan diajar?. Ini kerana seorang ustazah, berpurdah dikampung sy sering menggunakan tisu untk istinjak. Malah dia turut mengajar dua anak perempuannya yg turut berpurdah menggunakan tisu. Dan sememangnya menjdai amalan mereka selain menjimatkan penggunaan air.

    ReplyDelete